BM | EN | 中文

Covid 19: CVC Johor wujudkan food bank, galak orang ramai menderma

Penyelaras-CVC-Negeri-Johor-Datuk-Amilizan-Mazlan-CVC-Johor.png

Penyelaras CVC Johor, Datuk Amilizan Mazlan (kanan) menyerahkan barangan kepada penerima bantuan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Community Volunteers COVID-19 (CVC) Johor yang bernaung di bawah Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia telah membantu ribuan keluarga di Johor sejak wabak Covid 19 melanda Malaysia.

Berikutan permintaan tinggi untuk makanan bagi golongan terjejas ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kesukaran akibat kehilangan kerja atau pendapatan selepas tempoh itu, NGO telah menubuhkan Food Bank CVC19.

Bagaimanapun, menurut Penyelaras CVC Negeri Johor, Datuk Amilizan Mazlan, NGO tersebut kekurangan dana bagi menampung program Food Bank yang disasasarkan kepada golongan B40.

Advertisement

Sehubungan itu, katanya, sumbangan rakyat Malaysia amat diperlukan untuk meneruskan aktiviti amal NGO berkenaan.

“Sumbangan sejumlah RM5 dan ke atas amat bermakna kepada insan-insan malang ini dan ganjaran Allah sangat besar terutama di bulan yang mulia ini.

“Selain itu, NGO kami juga melaksanakan program wakaf al Quran dengan sumbangan RM45 bagi mengumpul tabung. Kami harap orang ramai akan menderma untuk membantu golongan asnaf dan yang memerlukan pada bulan Syawal ini,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

CVC19 berbeza dengan misi bantuan bencana alam lain kerana berkerjasama rapat dengan pakar wabak serta mereka yang mempunyai latarbelakang pengurusan wabak.

NGO ini membantu masyarakat Malaysia atau pemastautin yang betul-betul memerlukan bantuan seperti makanan, lampin pakai-buang, susu dan keperluan lain bagi meneruskan kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebarang sumbangan kepada Food Bank CVC19 Johor boleh dilakukan dengan melayari laman web: https://toyyibpay.com/Food-Bank-CVC19-johor atau melalui QR CODE yang tertera pada poster rayuan sumbangan.

Advertisement

Aktiviti NGO CVC19 boleh diikuti setiap masa di alamat Facebook Covid CVC 19 Johor

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top