BM | EN | 中文

Covid-19: Beri peluang hospital, klinik swasta adakan program vaksinasi – Adun Jementah

Tan-Chen-Choon-membantu-orang-awam-membuat-pendaftaran-Vaksin-di-Pasar-Lambak-Malam-Jementah.jpg

Adun Jementah, Tan Chen Choon membantu orang awam membuat pendaftaran vaksininasi Covid-19 di Pasar Lambak Malam Jementah

Advertisement

SEGAMAT, 12 APR: Kerajaan dicadang membuka peluang kepada hospital atau Klinik Perubatan Am (GP) Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Malaysian Medical Association (MMA) untuk mengadakan program vaksinasi Covid-19.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata dengan itu, kadar vaksinasi Covid-19 kepada semua rakyat di Malaysia akan dipercepatkan.

Katanya, setakat 9 April, kadar pendaftaran vaksinasi Covid-19 di Malaysia hanya 30 peratus dengan Johor mencatat kadar hanya 37 peratus.

Advertisement

“Ini bermaksud kadar pendaftaran vaksin adalah jauh rendah daripada sasaran yang ditetapkan.

“Walaupun negara kita telah memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam tempoh dua bulan yang lalu, namun setakat ini hanya 941,000 orang penduduk Malaysia telah divaksinasi.

“Ini hanya mencapai 3.5 peratus daripada 27 juta sasaran komuniti kelompok yang ditetapkan dan hasrat menwujudkan komuniti kelompak bagi vaksinasi penyakit bawaan virus Covid-19 masih sukar tercapai,” kata Tan dalam satu kenyataan.

Advertisement

Ujarnya, jika kerajaan ingin mencapai sasaran komuniti kelompok vaksinasi, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun lagi dengan mengikut kadar vaksinasi sekarang.

Keadaan ini katanya akan meningkatkan risiko dan menghalang usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

“Dunia kini sedang berdepan dengan ancaman serius iaitu varian coronavirus. Variasi virus boleh menyebabkan mutasi pada kadar vaksinasi yang berkesan.

Advertisement

“Justeru, kerja vaksinasi harus dipercepatkan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dan menbendung cabaran yang lebih besar disebabkan oleh mutasi virus.

“Kerajaan harus mengubah dan menambahbaikan strategi vaksinasi iaitu meningkatkan kadar vaksinasi dengan cara yang lebih efisien.

“Sekiranya hospital atau Klinik Perubatan Am (GP) Swasta yang berlesan terpilih sebagai PPV, ia membantu meningkatkan kadar vaksinasi supaya hasrat komuniti kelompok vaksinasi tercapai secepat mungkin,” ujar Tan lagi.

Advertisement

Terdahulu, Tan mengadakan program Kaunter Bergerak Pendaftaran Vaksin Covid-19 di Pasar Lambak Jementah dan Buloh Kasap.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top