BM | EN | 中文

COVID-19: Benarkan sidang khas parlimen, ambil iktibar dari AS

Lim-Kit-Siang-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 JAN: Kerajaan dan rakyat Malaysia diminta mengambil iktibar daripada keadaan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) apabila bekas presiden AS ke-45 Donald Trump meninggalkan legasi buruk dengan 410,000 kematian akibat Covid-19 dengan 25 juta kes.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Malaysia antara negara yang menunjukkan prestasi buruk mengendalikan wabak tersebut, melonjak 22 kedudukan dalam carta negara dengan jumlah kes kumulatif tertinggi daripada kedudukan ke-83 pada 1 Disember 2020 kepada kedudukan ke-61 kini.

“Marilah kita ambil pengajaran daripada Trump dan Trump-isme.

Advertisement

“Atas sebab ini, saya menyokong seruan supaya Sidang Parlimen Khas mengenai Covid-19 dipanggil, yang selari dengan Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat pertama pada 14 Januari 2021, yang menyatakan ‘Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog, dan dibubarkan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong’,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Beliau yang dipetik Roketkini sebagai berkata, angka korban Covid-19 di AS dalam tahun terakhir pemerintahan Trump, lebih tinggi berbanding lapan tahun tempoh Perang Vietnam, malah lebih besar daripada angka korban AS dalam Perang Dunia Kedua.

Veteran DAP itu juga berharap parlimen dapat dijadikan contoh untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, politik, mahupun kawasan, untuk bersatu demi usaha menyelamatkan Malaysia daripada wabak Covid-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top