KUALA LUMPUR, 19 MAC: Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuatkuasa serta-merta selama tiga bulan sehingga 30 Jun 2020.
PTPTN dalam kenyataannya hari ini merujuk kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, salah seorang dari lima menteri kanan yang bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman tersebut.
“Penangguhan yang diberikan ini dijangka memberi manfaat dan membantu seramai 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.
“PTPTN sentiasa prohatin dan peka serta mengambil berat yerhadap kebajikan semua peminjam PTPTN,” kenyataan tersebut dipetik.
Dalam pada itu peminjam boleh menghubungo PTPTN melalui talian careline di 03-21933000 yang beroperasi paa hari Isnin hingga jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Manakala maklumat lanjut boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptpn.gov.my.
Johorkini