RIYADH, 28 FEB : Susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Timur Tengah, Arab Saudi mengambil langkah menggantung visa untuk jemaah yang ingin ke Makkah, kata Kementerian Luar.
Menurut agensi berita antarabangsa AFP dipetik melaporkan, kerajaan menangguhkan sementara kemasukan bagi tujuan umrah dan ziarah ke Masjid Nabawi.
Kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan, ia merujuk kepada ibadah umrah dilakukan oleh umat Islam yang boleh ditunaikan sepanjang tahun.
Selain itu, visa lawatan pelancong dari beberapa negara yang merekodkan kes jangkitan Covid-19 turut digantung.
JohorKini