BM | EN | 中文

Covid-19: Apa persediaan kerajaan hadapi varian Lambda?

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg
Advertisement

MUAR, 16 OGOS: Kerajaan perlu menyatakan langkah-langkah yang akan diambil dalam usaha mengekang varian baharu Covid-19 iaitu Lambda yang dikatakan lebih ganas berbanding varian Delta.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok bimbang dengan perkembangan dan kerajaan dilihat tidak menumpukan kepada usaha menangagi varian baharu ini.

“Kita mahu kerajaan segera mengeluarkan panduan mengenai langkah berdepan varian baharu Lambda ini.

Advertisement

“Sebelum ini kita lihat bagaimana varian Delta telah meningkatkan kadar kematian dalam negara kita hari ini.

“Cukuplah Delta ini sudah menakutkan kita semua dengan jangkitan yang mampu membawa maut kepada pesakit,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang merupakan Adun Maharani turut mempersoalkan kerajaan apakah tindakan terhadap rakyat negara ini yang pulang dari Jepun.

Advertisement

Ini kerana katanya, varian Lambda telah dikesan semasa Olimpik Tokyo berlangsung Dan kekhuatiran terhadap tahap keselamatan pembawa varian itu perlu disekang.

“Apakah langkah kerajaan terhadap mereka yang pulang dari Olimpik Tokyo? Ini kerana dikatakan negara itu dikesan berhadapan varian tersebut.

“Ini yang menjadi kebimbangan kami apabila kerajaan tidak mengambil langkah proaktif mengekang varian ini.

Advertisement

“Kita bimbang varian ini akan meragut nyawa rakyat dalam negara ini dengan lebih ramai lagi. Varian Delta yang sedia ada pun telah meragut nyawa rakyat dengan begitu ramai,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top