BM | EN | 中文

Covid-19: Ahli parlimen Kluang anjur projek jahit baju PPE, ‘boot cover’

wong-shu-qi-ppe-covid-19-kluang-hebhk.jpg

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi (dua dari kanan) bersama petugas kesihatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang

Advertisement

KLUANG, 15 APR: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi menganjurkan ‘Projek Jahitan Sayangi Kluang’ bagi memastikan peralatan untuk kegunaan petugas barisan hadapan (frontliner) di hospital mencukupi dalam menghadapi situasi penularan wabak Covid-19.

Melalui ‘Projek Jahitan Sayangi Kluang’ sekumpulan tukang jahit sambilan bertugas bagi membantu menyiapkan pelindung kepala, pakaian perlindungan peribadi (PPE) dan pelindung kasut but (boor cover) melalui upah yang berpatutan kepada mereka.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi (kanan) bersama sukarelawan ‘Projek Jahitan Sayangi Kluang’ untuk membekalkan peralatan PPE kepada petugas kesihatan

“Situasi terkini, sumber bahan PPE masih lagi berada di dalam bilangan yang mencukupi. Tetapi pada masa yang sama, kegunaannya semakin meningkat bagi keperluan dan kepentingan pasukan frontliner.

Advertisement

“Oleh yang demikian, pihak kami berjanji akan terus memastikan bekalan PPE bagi kegunaan frontliner di Hospital Kluang mencukupi dalam menghadapi situasi yang genting ini,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, melalui usaha tersebut kesemua produk yang dihasilkan akan dikumpul dan seterusnya dihantar ke Hospital Kluang untuk diserahkan kepada ketua jururawat yang terlibat.

“Semenjak Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang secara rasminya telah diaktifkan sebagai Hospital Covid-19, peranti perubatan terutamanya pelindung kepala dilihat semakin semakin mendapat permintaan mendesak oleh pihak hospital.

Advertisement

“Terdapat ramai juga di kalangan ahli-ahli parti dan orang awam turut serta menyokong dan menderma bagi tujuan pembelian sumber bahan PPE,” katanya.

Tambah beliau, Pejabat Ahli Parlimen Kluang, telah berusaha sedaya upaya untuk mencari tukang-tukang jahit sambilan sama ada melalui hebahan di laman Facebook atau kaedah lain.

Katanya, usaha yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu keperluan pasukan ‘frontliner’ yang bertugas di hospital dalam usaha merawat pesakit yang mennerima kesan daripada bencana wabak Covid-19 ini.

Advertisement

Terdahulu sebelum itu pada 28 Mac, sebanyak 200 unit penutup kepala selain alat pelindung kasut but (boot cover) telah diserahkan kepada pihak (HEBHK) oleh Pejabat Ahli Parlimen Kluang.

“Projek Jahitan Sayangi Kluang ini, telah menunjukkan bahawa, sokongan orang awam terhadap pasukan frontliner di hospital-hospital telah diterjemahkan melalui sikap kebersamaan dan ianya melibatkan semua lapisan masyarakat, di dalam melawan Covid-19 wajar dicontohi.

“Adalah diharapkan, pada masa yang akan datang, dengan pengalaman yang sama-sama kita lalui ini, mampu merencana strategi yang lebih bernas terutama dengan memanfaatkan sektor-sektor penting dalam negara bagi melawan pandemik Covid-19,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top