BM | EN | 中文

Covid-19: Adakan saringan skala besar melalui Kumpulan Perubatan Johor – Adun Johor Jaya

liow-cai-tung-adun-johor-jaya.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 MEI: Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung menyarankan kerajaan Johor mencontohi kerajaan Selangor melancarkan saringan Covid-19 besar-besaran di sekitar mukim kluster aktif bagi mengesan jangkitan awal dan seterusnya mengekang penularan.

Cai Tung mencadangkan agar kerajaan Johor mengerakkan penyedia penjagaan kesihatan KPJ Healthcare yang dimiliki oleh Johor Corporation Bhd (JCorp) bagi usaha ini.

Beliau berkata, menurut statistik kes jangkitan sepanjang 14 hari yang lalu, kluster aktif di negeri Johor tertumpu di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Muar, Kulai dan Kluang.

Advertisement

“Jika KPJ dapat segera membantu kerajaan negeri dalam mengadakan saringan Covid-19 skala besar di kawasan-kawasan tersebut khususnya mukim berkenaan, ia akan dapat menyekat rantai jangkitan dengan lebih efektif.

“Saringan besar-besaran dipercayai akan mengesan lebih banyak kes Covid-19 dan menunjukkan bilangan jangkitan yang jauh lebih tinggi berbanding sekarang.

“Orang ramai tidak perlu panik kerana dengan cara ini, baru kerajaan dapat memastikan wabak Covid-19 di negeri Johor dalam keadaan terkawal,” katanya, yang juga mantan Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor.

Advertisement

Tambahnya, KPJ mempunyai tujuh buah hospital di negeri ini yang menawarkan perkhidmatan kesihatan yang sangat baik.

“Dengan saringan skala besar, KPJ juga dapat memperluaskan skop saringan dan pada masa yang sama, bersiap sedia untuk melakukan vaksinasi besar-besaran kepada rakyat Johor pada masa yang akan datang.

“Memandangkan keadaan semasa di mana fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi dapat menangani virus Covid-19 dengan berkesan disebabkan jumlah kes yang sangat tinggi, kerajaan negeri patut bekerjasama dengan KPJ dan menggalakkan kumpulan tersebut untuk memikul tanggungjawab sosial besar ini.

Advertisement

“Ujian saringan Covid-19 secara percuma boleh dijalankan dengan pembiayaan kerajaan negeri melalui fasiliti dan tenaga kerja KPJ,” katanya.

Menurut data KKM, jumlah kes Covid-19 di negeri Johor sepanjang tempoh 14 hari yang lalu adalah sebanyak 4,368 di mana sebanyak 206 kes disahkan pada 15 Mei sahaja. Setakat 15 Mei, 9 daerah di seluruh Johor telah diklasifikasikan sebagai kawasan zon merah.

“Walaupun angka-angka ini amat menakutkan, lonjakan kes yang lebih tinggi akan berlaku setelah saringan skala besar diadakan kerana saya percaya ada banyak sumber jangkitan Covid-19 yang belum dikesan,” kata Cai Tung.

Advertisement

Beliau memetik laporan menyatakan bahawa selepas kerajaan Selangor menjalankan ujian saringan Covid-19 besar-besaran, majoriti yang dijangkiti wabak tersebut berumur 20 hingga 40 tahun dimana 80 peratus yang dijangkiti tidak menunjukkan simptom atau gejala Covid-19.

“Ini bermaksud ada ramai dalam kalangan mereka yang nampak sihat dan tidak menunjukkan simptom Covid-19 tetapi mereka mungkin telah menjangkiti orang lain tanpa menyedarinya,” tambah Cai Tung.

“Hanya dengan mengesan dan mengkuarantin pembawa virus Covid-19, baru kita dapat menyekat rantai jangkitan dengan lebih berkesan.

Advertisement

“Ketika jangkitan semakin meningkat dan perkhidmatan perubatan awam hampir lumpuh, kerajaan Johor perlu segera menggunakan sumber sedia ada untuk membantu perkhidmatan perubatan awam.

“Pada masa yang sama, orang ramai perlu mematuhi SOP khususnya dalam tempoh perintah kawalan pergerakan dan elak merentas negeri dan daerah bagi melawan pandemik,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top