BM | EN | 中文

Covid-19: 40 kes baharu, satu kematian hari ini, kadar sembuh 78 peratus

KKM-Covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kepada 111 kes.

Dalam pada itu 40 kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 6,819 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 70 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,351 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 16 orang dengan empat daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 6,819 kes dengan 78.47 peratus telah sembuh bersamaan 5,351 pesakit, manakala 112 kematian bersamaan 1.64 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,356 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top