BM | EN | 中文

Covid-19: 217 kes baru, kematian kini 53

Ketua-Pengarah-Kesihatan-KKM-Dr-Noor-Hisham-Abdullah.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 53 kes.

Dalam pada itu sebanyak 217 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,333.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 60 pesakit sembuh dan telah discaj hospital dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 827 kes.

Advertisement

Sehingga kini seramai 108 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut 54 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia yang telah menjalani ujian saringan berjumlah 47,723 kes termasuk 3,333 kes atau 6.98 peratus adalah positif.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top