BM | EN | 中文

Covid-19: 184 kes baharu, kematian kini 73

Dr-Noor-Hisham-Abdullah-KKM.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 73 kes.

Dalam pada itu sebanyak 184 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,530 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 165 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,995 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 72 orang dengan 38 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh dan discaj adalah 1,995 bersamaan dengan 44.04 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif.

Keseluruhan kes positif 4,530 dengan 44.04 peratus sembuh bersamaan 1,995 pesakit, manakala 73 kematian bersamaan 1.61 peratus.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top