BM | EN | 中文

Covid-19: 179 kes baru, kematian kini 61

Dr-Noor-Hisham-Abdullah.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 61 kes.

Dalam pada itu sebanyak 179 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,662.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 90 pesakit sembuh hari ini dan telah discaj hospital menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,005 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 99 orang dan 48 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia yang telah menjalani ujian saringan berjumlah 51,937 kes dengan 3,662 kes daripadanya atau 7.05 peratus adalah positif.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top