BM | EN | 中文

Covid-19: 170 kes baharu, kematian kini 82

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 82 kes.

Dalam pada itu sebanyak 170 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,987 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 202 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,478 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 60 orang dengan 33 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh dan discaj adalah 2,478 bersamaan dengan 49.69 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif.

Keseluruhan kes positif 4,987 dengan 49.69 peratus sembuh bersamaan 2,478 pesakit, manakala 82 kematian bersamaan 1.64 peratus.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top