BM | EN | 中文

Covid-19: 153 kes baharu, kematian kini 76

Pengarah-KKM-Dr-Noor-Hisham-Abdullah.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga orang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 76 kes.

Dalam pada itu sebanyak 153 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,683 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 113 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,108 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 66 orang dengan 37 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh dan discaj adalah 2,108 bersamaan dengan 45.01 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif.

Keseluruhan kes positif 4,683 dengan 45.01 peratus sembuh bersamaan 2,108 pesakit, manakala 76 kematian bersamaan 1.62 peratus.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top