KUALA LUMPUR, 4 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 57 kes.
Dalam pada itu sebanyak 150 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,483.
Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 88 pesakit sembuh hari ini dan telah discaj hospital menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 915 kes.
Pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 99 orang dan 50 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Keseluruhan kes positif 3,483 tersebut bersamaan 26.27 peratus, manakala yang sembuh 915 pesakit dengan kadar 1.64 peratus atau 57 kematian.
Johorkini