BM | EN | 中文

Covid-19: 134 kes baharu, kematian kini 77

KKM-dr-noor-hisham-abdullah.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Ganbar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 77 kes.

Dalam pada itu sebanyak 134 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,817 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 168 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,276 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 66 orang dengan 36 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh dan discaj adalah 2,276 bersamaan dengan 47.24 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif.

Keseluruhan kes positif 4,817 dengan 47.24 peratus sembuh bersamaan 2,276 pesakit, manakala 77 kematian bersamaan 1.60 peratus.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top