BM | EN | 中文

Covid-19: 110 kes baharu hari ini, kematian kini 84

Pengarah-KKM-Dr-Noor-Hisham-Abdullah.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 APR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 84 kes.

Dalam pada itu sebanyak 110 kes positif baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,182 orang.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 119 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,766 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 56 orang dengan 29 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes telah sembuh dan discaj adalah 2,766 kes bersamaan dengan 53.37 peratus kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif.

Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,182 kes dengan 53.37 peratus telah sembuh bersamaan 2,766 pesakit dan 1.62 peratus atau 84 kematian.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top