BM | EN | 中文

Covid-19: 10 lagi kes baru, jumlah keseluruhan kini 93

coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Sebanyak 10 kes baru jangkitan Covid-19 dikesan di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 93 kes setakat ini.

Dalam satu kenyataan Kementerian Kesihatan petang tadi, kesemua 10 kes mempunyai kontak dengan kes ke-33, melibatkan seorang lelaki berusia 58 tahun yang berdasarkan rekod melakukan perjalanan ke Kuching untuk menghadiri mesyuarat pada 16 Februari.

Kementerian Kesihatan berkata empat daripada pesakit baru dijangkiti pada gelombang pertama penularan virus berkenaan dan mempunyai kontak dengan pesakit kes-33, manakala enam lagi dijangkiti dalam gelombang kedua.

Advertisement

Pesakit ke-33 juga berhubungan rapat dengan pesakit ke- 26, pengarah eksekutif Khazanah, Hisham Hamdan.

Hisham semalam mengeluarkan kenyataan bahawa jangkitan gelombang kedua berkenaan bukan berpunca daripada dirinya.

Kementerian Kesihatan berkata siasatan terkini mengenai kontak-kontak rapat dengan Hisham mendapati satu kluster jangkitan Covid-19 berkait dengan kes ke-33.

Advertisement

“Sejumlah 132 kontak rapat telah dikenalpasti berkait dengan kes ini. Daripada jumlah tersebut, 18 kes telah disahkan positif, kini masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, KKM berkata pesakit ke-78 mempunyai rekod perjalanan ke Indonesia selama tujuh hari mulai 13 Feb, dan mula menunjukkan gejala pada 19 Feb.

Indonesia mengisytiharkan empat kes Covid-19 setakat ini, tetapi terdapat kebimbangan bahawa ada kes-kes tidak dilaporkan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top