BM | EN | 中文

Country Garden dibenar rayu keputusan tolak semakan kehakiman batal award Tribunal

Country-Garden-Johor-Bahru.jpg

Gambar Ehsan booking.com

Advertisement

PUTRAJAYA, 7 JUL: Mahkamah Persekutuan membenarkan pemaju perumahan projek Danga Bay di Johor untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak semakan kehakimannya bagi membatalkan award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah kepada seorang pembeli rumah rakyat Singapura.

Bernama melaporkan, panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf semalam membenarkan permohonan Country Garden Danga Bay Sdn Bhd (CGDB) berhubung empat persoalan undang-undang yang perlu diputuskan Mahkamah Persekutuan dalam rayuan itu.

Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.

Advertisement

CGDB membuat permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan, pada 11 Dis 2019, menolak rayuannya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Pada 27 Dis 2018, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan semakan kehakiman CGDB untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Johor Bahru yang memihak Ho Chee Kian berhubung tuntutan ganti rugi kerana pelanggaran perjanjian jual beli.

Ho telah menandatangani perjanjian jual beli dengan CGDB pada 23 Ogos 2013 untuk membeli sebuah unit kondominium dalam projek itu.

Advertisement

Beliau mendakwa unit itu sepatutnya mempunyai balkoni tertutup namun apabila pemilikan kosong diserahkan, balkoni tersebut tidak ditutup dan Ho telah membuat aduan kepada CGDB melalui surat bertarikh 4 Dis 2017.

Ho kemudian telah mengemukakan tuntutan kepada tribunal itu menuntut RM50,000 sebagai pampasan bagi unit salah yang diberikan kepadanya.

Pada 7 Jun 2018, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah telah memberikan pampasan sebanyak RM50,000 kepada Ho yang menyebabkan CGDB memfailkan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi pada Julai 2018.

Advertisement

Antara persoalan undang-undang yang dibangkitkan ialah sama ada tuntutan pembeli rumah itu bahawa unit yang salah telah diberikan kepadanya boleh dipertahankan selepas beliau sendiri telah memeriksa dan menerima pemilikan serta mengubah suai premis tersebut, atau sama ada berdasarkan prinsip estopel dan persetujuan, beliau adalah terhalang daripada mempertahankan tuntutan sedemikian?

Peguam Datuk Dr Cyrus Das dan Leonard Yeoh mewakili CGDB manakala Ho diwakili Viola Lettice DeCruz dan Chua Yi Xie.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top