BM | EN | 中文

Coronavirus-Pemangku Raja titah akan melakukan apa sahaja untuk rakyat

tmj.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JAN : Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah akan melakukan apa sahaja untuk rakyat.

Titah baginda sebagai mengulas isu wabak coronavirus dalam status yang dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor.

“Ramai yang meminta saya untuk bersuara dan melakukan sesuatu berkenaan isu virus dari China yang sedang merebak di negara kita.

Advertisement

“Saya ingin memberitahu serta mengingatkan kepada anda semua sepanjang dua tahun ini, setiap hari banyak aduan disampaikan kepada saya berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi dan baru-baru ini mengenai kesihatan,” titahnya.

Bagaimanapun, titah Pemangku Raja, dua tahun yang lalu baginda telah memberi pandangan tetapi telah dinasihatkan oleh rakyat supaya tidak masuk campur.

“Ketika itu rakyat yang saya bela sendiri menyarankan agar untuk saya berdiam dan tidak masuk campur urusan politik dan kerajaan.

Advertisement

“Saya sanggup dicaci, dimaki untuk membela kedaulatan negeri Johor dan rakyat seluruh negara. Tetapi saya telah disuruh berdiam diri.

“Dan hari ini apabila negara dilanda pelbagai krisis, anda semua menyeru kepada saya untuk melakukan sesuatu. Allah SWT Maha Kaya, Maha Esa, Maha Adil dan Maha Berkuasa,” titahnya.

Justeru, baginda berharap semua sedar iaitu apa yang dijangkakan pada dua tahun lalu telah terjadi pada hari ini.

Advertisement

“Demi anda semua, saya, Ismail Ibrahim akan lakukan apa sahaja yang saya mampu untuk anda dan keluarga anda semua kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan menjadi Tunku Mahkota Johor (di Istana Besar Johor Bahru pada 12 Safar 1431H).

“Kepada Allah Kami Berserah. Semoga Allah SWT berkati kita semua,” titahnya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top