BM | EN | 中文

Coronavirus: 138 KHM di Johor perlu bantu sebar maklumat sahih

IMG-20200207-WA0001.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 7 FEB: Komuniti Harapan Malaysia (KHM) di Johor digalak untuk membantu memberi penerangan dan menyebarkan maklumat sahih berhubung jangkitan novel coronavirus.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua 138 KHM di negeri ini perlu bekerjasama dengan Jabatan Penerangan daerah dan mengedarkan risalah di kawasan masing-masing.

Menurut beliau, antara kaedah itu termasuklah melalui kempen IOW (Info On Wheel) yang menemui orang ramai di kawasan tumpuan ramai seperti pasar.

Advertisement

“KHM di bawah Jabatan Penerangan perlu berkolaborasi untuk memperluas lagi IOW ini supaya lebih ramai rakyat khususnya di luar bandar dan pinggir bandar mendapat maklumat tepat.

“Kita telah adakan kumpulan whatsapp dan minta semua 138 KHM mengambil langkah awal dan segera, menghubungi Jabatan Penerangan daerah masing-masing untuk membuat IOW ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengedarkan risalah melalui program IOW di pasar tani Taman Nusantara, Gelang Patah, di sini hari ini.

Advertisement

Kata Dzulkefly lagi, sehingga hari ini difahamkan sebanyak 54 program kesedaran berkenaan virus berkenaan telah diadakan di negeri Johor.

“Ini supaya mereka mendapat maklumat tepat, bukannya berdasarkan kepada media sosial tetapi kepada sumber yang sahih dan berautoriti, khususnya daripada Jabatan Penerangan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi yang lain,” katanya lagi,

Dalam pada itu, Dzulkefly turut memberitahu, polis negeri ini masih memburu individu yang menyebarkan berita palsu menerusi Facebook yang mendakwa semua kawasan di Forest City, di sini, dikuarantin dan ditutup berikutan penularan coranavirus.

Advertisement

“Masih belum dapat ditangkap, tetapi dalam proses buruan oleh pihak polis,” kata Dzulkefly yang juga ADUN Kota Iskandar.

Justeru itu beliau menegaskan orang ramai sentiasa merujuk perkembangan terkini mengenai isu berkenaan dari sumber sahih dan laman rasmi pihak berkuasa dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.

“Kalau tak pasti, jangan sebar,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top