BM | EN | 中文

Cogan kata baharu: Cadangan barisan hadapan atau propaganda kerajaan? – Lip Eng

lim-lip-eng-cogankata.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, membangkitkan persoalan mengeani frasa baharu “Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid-19” di dalam semua urusan persuratan rasmi kerajaan.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, frasa itu dilihat sebagai ‘sebuah persembahan yang tuli dan buta dengan keluhan rakyat.’

“Apakah frasa baru ini cadangan yang datang daripada petugas barisan hadapan seperti pakar-pakar perubatan…

Advertisement

“…atau ia hanya sebahagian daripada propaganda politik Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang dikuatkuasakan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam?” soal Lip Eng, lapor Roketkini.

Menurut Lip Eng, banyak lagi pilihan lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan menangani cabaran Covid-19.

Frasa “Pelitup Muka Memerangi Covid-19”, “Jarak Sosial Memerangi Covid-19”, “Kebersihan Kendiri Memerangi Covid-19” dan “Vaksin Memerangi Covid-19” adalah antara pilihan yang lebih tepat untuk dijadikan cogan kata dalam usaha kawalan dan pencegahan jangkitan wabak Covid-19 daripada “Darurat Memerangi Covid-19”.

Advertisement

Beliau menambah, kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggambarkan seolah-olah tiada cara lain untuk melandaikan lekuk jangkitan wabak Covid-19 melainkan dengan mengisytiharkan darurat semata-mata.

“Kita lihat negara-negara lain berbelanja wang berbilion-bilion untuk membeli vaksin, dan mereka sudahpun memulakan program vaksinasi.

“Malah, angka jangkitan mereka lebih tinggi dan tetapi tidak pula mengisytiharkan darurat untuk mengatasi masalah Covid-19,” tambah Lip Eng.

Advertisement

Beliau turut menyatakan, proklamasi darurat ini boleh dilihat sebagai senjata politik Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hanya untuk mengekalkan jawatan beliau apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibenarkan untuk bersidang sedangkan taska boleh dibuka.

Bermula 26 Januari, semua jabatan kerajaan telah menggantikan frasa “Saya Yang Menjalankan Amanah” yang diguna pakai sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) kepada “Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid-19”.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top