BM | EN | 中文

CITF Johor perlu segera kemuka pelan vaksinasi ‘walk-in’

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OGOS: Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Johor dan kerajaan negeri digesa untuk menyegerakan pelan vaksinasi secara ‘walk-in’, antaranya dengan memastikan sekurang-kurangnya dua pusat pemberian PPV di setiap daerah.

Pimpinan DAP Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, kaedah walk-in itu bagi memenuhi keperluan golongan berisiko tinggi yang tercicir mendapat suntikan dos pertama secepat mungkin sekali gus dapat mengurangkan risiko jangkitan.

Sebelum ini, menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, warga emas berusia 60 tahun keatas boleh menerima suntikan vaksin secara walk-in di seluruh negara bermula minggu hadapan dan CITF negeri perlu memaklumkan kepada umum senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang melaksanakan kaedah walk-in tersebut.

Advertisement

“Kami menyambut baik inisiatif tersebut dan menggesa agar CITF Johor segera mengemukan pelan PPV walk-in tersebut yang bakal memberi manfaat kepada kumpulan warga emas di negeri Johor.

“Gesaan ini dibuat susulan terdapat warga emas yang dikenalpasti tercicir daripada menerima suntikan di bawah PICK sementara individu dewasa di bawah 60 tahun pula telah mula mendapat maklum balas suntikan vaksin sejak minggu lepas.

“Berdasarkan data daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor pada 25 Julai, terdapat lebih kurang 380 ribu warga emas telah menerima suntikan vaksin, namun masih terdapat lebih kurang 50 ribu orang 11.4 peratus warga emas masih menunggu maklum balas vaksinasi,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Kenyataan bersama itu dikeluarkan ADUN Skudai Tan Hong Pin, ADUN Jementah Tan Chen Choon, ADUN Bentayan Ng Yak Howe, ADUN Pekan Nenas Yeo Tung Siong, ADUN Tangkak Ee Chin Li serta pimpinan akarumbi DAP, Chong Chee Wai dan Cheng Chin Fatt.

Tambah kenyataan itu, kadar suntikan vaksinasi bagi warga emas pula menyaksikan daerah Johor Bahru dan Kulai mencatatkan peratusan yang rendah berbanding daerah lain

Justeru itu, pembukaan PPV baru di Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat, Tangkak dan Labis dilihat dapat mengatasi masalah kekurangan fasiliti manakala PPV bergerak yang diwujudkan di Johor Utara pula mampu menangani masalah akses dan jarak PPV dan masyarakat.

Advertisement

Tambahnya, kes harian COVID-19 di Johor kini telah mencecah lebih seribu kes secara berterusan selama enam hari, menyaksikan keadaan di Johor Utara bertambah buruk susulan penularan ‘Kluster Persiaran Agas’.

Kluster tersebut menjadikan negeri Johor di tahap serius sepertimana negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Tambah kenyataan itu, kerajaan perlu mempercepatkan vaksinasi terutama golongan yang bersiko tinggi bagi menurunkan kes kritikal dan dan kes kematian.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top