BM | EN | 中文

CITF Johor perlu percepat vaksinasi Covid-19 dos kedua bagi pembukaan ekonomi

tan-chen-choon.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 20 OGOS: Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Johor diseru mempercepatkan rancangan pelan vaksinasi Covid-19 dos kedua.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, ia bagi mencapai sekurangnya 50 peratus kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa dalam masa terdekat bagi pembukaan aktivti ekonomi.

“Ini selaras dengan syarat ditetapkan bagi membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi kembali beroperasi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuatkuasa 16 Ogos lalu.

Advertisement

“Dengan ini, beban ekonomi yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha dapat diringankan,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, setelah pengumuman pembukaan kemudahan sektor perdagangan dan pengedaran Fasa 1 PPN yang melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi baru-baru ini dengan syarat yang dinyatakan beliau menerima banyak pertanyaan daripada para pengusaha.

“Kebanyakan pertanyaan mereka ialah berapakah kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Johor kini dan adakah Johor telah mencapai kadar yang ditetapkan bagi pembukaan kemudahan sektor mereka,” kata Tan.

Advertisement

Ujarnya lagi, pengusaha bagi 11 jenis aktiviti ekonomi itu terpaksa tutup perniagaan sejak tiga bulan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian Covid-19. Penutupan sementara ini telah menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

“Setakat 18 Ogos 2021, bagi negeri Johor, kadar vaksinasi populasi keseluruhan Dos Pertama dan Dos Kedua ialah 45.6 peratus dan 23.0 peratus masing-masing.

“Manakala bagi kadar vaksinasi populasi dewasa bagi dos pertama dan dos kedua di Johor ialah 63.6 peratus dan 32.1 peratus masing-masing.

Advertisement

“Justeru, bagi mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Johor, ia perlukan masa lagi,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top