BM | EN | 中文

CITF Johor perlu bersikap jujur – Adun Kota Iskandar

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JUN: Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Johor perlu jujur dalam berkongsi maklumat mengenai jumlah sebenar vaksin yang diperuntukkan dalam setiap fasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan juga yang akan diterima bagi fasa berikutnya.

Adun Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad berkata, rakyat ingin tahu penyaluran RM40 juta Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 untuk membeli vaksin tambahan dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Johor (KPJ).

“Johor sekarang mempunyai 35 PPV beroperasi daripada 76 PPV yang diluluskan. Dalam masa sama seramai 404,218 rakyat Johor telah mendapat dos pertama suntikan vaksin Covid-19

Advertisement

“Menurut laman web rasmi Covid-19 sehingga 24 Jun 2021 seramai 192,501 rakyat Johor menerima vaksin 2 dos atau 6.9 peratus daripada sasaran 2.8 juta untuk mencapai imuniti kelompok seperti disasarkan Kementerian Kesihatan KKM dalam PICK.

“Pada 24 Jun 2021 rakyat Johor yang menerima 1 dos dan 2 dos vaksin seramai 18,054 orang.

“Jumlah yang menerima suntikan 1 dos atau 2 dos pada 24/ Jun ditolak jumlah penerima 1 dos atau 2 dos pada 23 Jun 2021.

Advertisement

“Ini bermakna purata setiap PPV memberikan 516 suntikan sehari,” katanya dalam kenyataan tersebut,” kata Dzulkefly.

Katanya, berdasarkan statistik itu, imuniti kelompok 2.8 juta orang di Johor hanya boleh dicapai pada bulan Mei 2022 iaitu 11 bulan daripada sekarang.

“Itupun dengan andaian setiap PPV bertugas enam hari seminggu dan mengambilkira 18 hari cuti umum setahun bagi negeri Johor.

Advertisement

Tambahnya, jika mengikut titah tuanku, jentera kerajaan negeri bersedia memberikan 50,000 suntikan sehari dan jelas bahawa imuniti kelompok 2.8 juta orang divaksin boleh dicapai pada Oktober 2021.

“Dengan kata lain imuniti kelompok di Johor hanya boleh dicapai penghujung tahun ini sekiranya vaksin Covid-19 yang diagihkan kerajaan Persekutuan mencukupi, sampai mengikut masa yang ditetapkan disamping operasi PPV ditambah serta kapasiti jumlah suntikan vaksin setiap PPV ditingkatkan.

“Mengikut syarat yang ditetapkan CITF Persekutuan, sesebuah PPV boleh dibuka jika mempunyai sasaran pendaftaran vaksinasi disesebuah kawasan berjumlah 8,000 orang didalam radius 10 kilometer.

Advertisement

“Unjuran juga boleh dibuat berdasarkan data 4,810,780 dos lagi diperlukan dengan setiap orang memerlukan 2 dos bagi mencapai imuniti kelompok 2.8 juta rakyat Johor pada 31 Disember 2021.

“Maka 31,443 orang rakyat Johor perlu menerima suntikan vaksin setiap hari bermula Sabtu, 26 Jun 2021,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top