BM | EN | 中文

CITA RASA ORANG KITA HUJUNG BENUA

IMG-20191018-WA0003.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OKT : Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan menganjurkan Program Semarak Seni Budaya Negeri Johor 2019 pada 27 Oktober depan.

Program yang bertemakan cita rasa orang kita hujung benua itu akan diadakan di Dataran Serkat, Tanjung Piai, Pontian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, program berkenaan merupakan rentetan daripada Program Semarak Seni Budaya Johor di Kulai bulan lepas.

Advertisement

Katanya, program kali ini akan menerapkan budaya seni masyarakat bugis dan jawa di Pontian.

“Program ini juga turut meliputi pelbagai kegiatan dan aktiviti budaya seni masyarakat tempatan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Khuzzan yang juga Adun Semerah berkata, program tersebut bertujuan mengetengahkan makanan tradisi dan budaya makanan tradisi kepada umum.

Advertisement

“Program ini juga bertujuan mengekalkan tradisi kenduri rakyat atau rewang dalam masyarakat setempat.

“Oleh itu, ia amat penting dalam usaha mendokumentasikan adat resam serta seni masakan tradisi khusus daerah Pontian,” katanya.

Justeru, beliau berharap program begini dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top