BM | EN | 中文

China seru dunia bersatu tangani perubahan iklim

China-Xi-Jinping.jpg
Advertisement

BEIJING, 13 DIS: Presiden China Xi Jinping menyeru semua pihak bersatu padu untuk mencapai kemajuan dalam tadbir urus iklim global di samping mengamalkan situasi sama menang bagi memastikan semua negara mampu mengatasi cabaran perubahan iklim dunia.

China juga mengalu-alukan sokongan semua negara terhadap Perjanjian Paris dan sumbangan besar yang diberikan selama ini terhadap usaha menangani perubahan iklim, katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Climate Ambition anjuran China dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena ulang tahun kelima Perjanjian Paris, diadakan secara maya pada Sabtu.

Advertisement

Selain itu, Presiden Xi mencadangkan semua negara menyumbang idea dan pandangan bagi membolehkan pembentukan sistem baru tadbir urus iklim.

“Meskipun setiap negara mempunyai tugas yang berbeza tanggungjawab tetap sama dan semua prinsip yang ada perlu dipatuhi bagi memperkasakan tindakan secara maksimum berdasarkan keupayaan dan keadaan negara masing-masing,” katanya.

Menurutnya lagi negara maju perlu meningkatkan sokongan terhadap negara membangun dalam hal berkaitan modal, teknologi dan peningkatan keupayaan di samping usaha dan pendekatan baru dalam tadbir urus iklim yang berorientasikan pemulihan hijau perlu lebih diperkasakan.

Advertisement

Justeru, Xi menyarankan tumpuan dan langkah lebih proaktif dalam menjalani kehidupan hijau perlu diterapkan selain mengurangkan penghasilan karbon dan mencari peluang serta penggerak baru untuk memacu proses pembangunan hijau.

Presiden Xi menegaskan China kekal komited untuk terus menyumbang kepada usaha menangani cabaran perubahan iklim global.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top