BM | EN | 中文

Chin Tong cadang lima tindakan segera tangani penularan Covid-19

Liew_Chin_Tong.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong mencadangkan lima tindakan segera bagi menangani penularan wabak Covid-19 sebelum mempertimbangkan PKP baharu.

Lima perkara itu adalah saringan, ketelusan data, kawalan penularan di penjara, ujian saringan pekerja asing dan isu pesakit tidak bergejala yang ditempatkan di pusat kesihatan.

Katanya kadar melakukan ujian saringan masih belum sampai pada tahap yang membolehkan orang ramai melakukan ujian pada bila-bila masa yang mereka perlukan.

Advertisement

“Kementerian Kesihatan masih menggunakan kaedah lama dengan melakukan ujian saringan hanya kepada individu bergejala. Namun, kita sedia maklum bahawa sebanyak 20 peratus kes positif tidak bergejala, tetapi mempunyai risiko penularan yang sama.

“Realitinya, idea memfokuskan ujian saringan kepada individu bergejala tidak lagi relevan dan ia tidak meredakan situasi sekarang.

“Sektor kesihatan swasta perlu diberi peranan yang lebih besar untuk melipatgandakan usaha saringan dengan harga yang berpatutan.

Advertisement

Ujian saringan bukanlah sesuatu yang rumit dan boleh dilakukan dengan menyelaraskan usaha kita.

“Kit ujian saringan Antigen (RTK-Ag) yang lebih murah perlu digunakan berbanding ujian PCR bagi membantu merendahkan penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, kerajaan perlu telus mendedahkan data bagi membolehkan orang awam membuat keputusan dan tindakan yang efektif, baik dari segi sistem mahupun keselamatan individu.

Advertisement

“Setiap hari, kita ingin tahu berapa banyak penjara yang terkesan, tempat tinggal pekerja kilang yang mempunyai kes penularan berisiko tinggi dan pusat beli belah yang terdapat peningkatan kes Covid-19,” ujarnya.

Dalam pada itu,kata Chin Tong lebih 10 peratus kes positif Covid-19 berpunca daripada penjara dan pusat tahanan.

“Terdapat lebih 10 peratus pegawai penjara dan dan tahanan terkesan dengan Covid-19. Tahanan berisiko tinggi untuk terdedah kepada penyakit berjangkit apabila terapksa duduk dalam keadaan sempit akibat kesesakan penjara.

Advertisement

“Pihak berwajib perlu bertanggungjawab kepada pegawai penjara, tahanan dan negara untuk melindungi penjara daripada menjadi tempat penularan virus yang berbahaya,” kata bekas timbalan menteri pertahanan itu.

Perkara keempat dicadangkannya berkenaan pekerja asing dan keadaan tempat tinggal mereka.

“Tentunya, ada pendekatan berkesan untuk melaksanakan ujian saringan semaksima yang mungkin disamping usaha untuk melakukan penjarakan fizikal di tempat tinggal mereka,” kata Chin Tong.

Advertisement

Manakala cadangan kelima adalah bagi memikirkan sama ada setiap kes positif perlu dimasukkan ke hospital.

“Pengarah Kesihatan menyatakan katil di hospital kian penuh akibat peningkatan kes Covid-19.

“Persoalan serius yang perlu dibangkitkan bersama: adakah mereka yang tidak menunjukkan gejala akan ditempatkan di pusat kesihatan yang disediakan atau terdapat alternatif lain untuk mengatasi masalah ini?

Advertisement

“Dalam memerangi Covid-19, alat bantuan pernafasan dan katil di ICU ialah sumber perubatan yang penting. Kita boleh bersetuju bahawa kedua-duanya dapat mengelakkan kes kematian.

“Selain sumber-sumber ini, kita perlukan penyelesaian alternatif menguruskan pesakit positif yang tidak bergejala dengan mengurangkan kebergantungan kepada sumber kesihatan.

“Perkara ini termasuk SOP dan garis panduan kuarantin di rumah yang jelas dan memanfaatkan penggunaan aplikasi digital dan alat komunkasi kesihatan untuk mengenalpasti, membantu dan mengawal selia perkembangan pesakit.

Advertisement

“Pakar kesihatan daripada pelbagai bidang perlu membahas dan membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam,”ujar Chin Tong lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top