BM | EN | 中文

Che Puan Khaleeda terima mengadap dua pemain badminton Johor

che-puan-khaleeda-1.jpg

Che’ Puan Khaleeda berkenan menerima mengadap Ee Yi dan Kiang Meng di Istana Bukit Pelangi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 DIS : Isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam menerima mengadap dua pemain badminton negeri Johor, Teo Ee Yi dan Tan Kiang Meng di Istana Bukit Pelangi, di sini, tiga hari lalu.

Kedua-dua pemain tersebut telah mewakili Malaysia dalam Temasya Sukan Sea 2019 yang berlangsung di Filipina baru-baru ini dan telah membawa pulang pingat perak serta gangsa masing-masing dalam acara berpasukan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran.

Che’ Puan Khaleeda berkenan menyampaikan kurniaan peribadi kepada kedua-dua pemain badminton ini atas kejayaan tersebut.

Advertisement

Baginda turut memberikan kata-kata semangat untuk terus cemerlang dalam pertandingan-pertandingan akan datang.

Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Presiden Persatuan Badminton negeri Johor, Mat Rashid Jahlil dan Penolong Pengarah Majlis Sukan negeri Johor, Mohd Amir Abdullah bin Mohd Amir Najib.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top