JOHOR BAHRU, 8 DIS : Penaung DiRaja Persatuan Badminton Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam berangkat ke Kejohanan Badminton Remaja Tertutup Johor 2019.
Kejohanan itu berlangsung di Dewan Kelab Badminton Bandar Maharani, Tanjung Agas, Tangkak, hari ini.
Baginda turut menyaksikan perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan itu serta menyampaikan pingat dan sijil kepada para pemenang.
JohorKini