JOHOR BAHRU, 22 SEPT : Che’ Puan Khaleeda Bustamam berangkat ke Sambutan Hari Malaysia anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor yang berlangsung di Politeknik Mersing, Rabu lepas.
Beliau yang juga isteri Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Raja merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.
Sebelum berangkat pulang, Che’ Puan Khaleeda turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi pertandingan yang diadakan bersempena Hari Malaysia.
Selain itu, beliau sempat beramah mesra bersama ahli-ahli Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.
Johorkini