BM | EN | 中文

Cerita laptop percuma akhirnya sunyi

laptop-percuma.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OGOS: Bantuan laptop percuma yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2021 kini sepi dan sunyi, kata Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Rozita Abdul.

Katanya, selepas pelbagai kekalutan dalam pentadbiran kerajaan, menteri terbabit dilihat hilang tumpuan sedangkan janji tersebut disebut berulangkali dinyatakan.

“Janji masih tidak dikotakan. Kini sudah memasuki bulan Ogos namun status laptop percuma berkenaan masih tidak dapat dipastikan.

Advertisement

“Menteri yang terbabit perlu bertanggungjawab bukan hanya sibuk bermesyuarat untuk mempertahankan kuasa semata sehingga tidak menghiraukan nasib rakyat.

“Laptop yang dijanjikan kepada golongan B40 itu amat diperlukan kerana ia adalah asas pada waktu ini untuk pembelajaran di rumah,” jelasnya.

Menerusi perbahasan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program komputer riba percuma itu akan dibiayai oleh GLC dan GLIC dan pihak itu akan menyumbang RM150 juta bagi 150,000 pelajar di 500 sekolah.

Advertisement

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini turut menjanjikan RM300 untuk pembelian telefon pintar melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top