BM | EN | 中文

Cegah denggi, PKWR Kota Iskandar anjur gotong-royong di flat Kenari Kangkar Pulai

gotong-royong-denggi-flat-kenari-kangkar-pulai-dun-kota-iskandar-dzulkefly-ahmad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OKT: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Kota Iskandar hari ini mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes berikutan peningkatan kes Denggi yang melanda negeri ini.

Adun Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad berkata, gotong-royong itu diadakan di Flat Kenari Kangkar Pulai melibatkan kawasan sekitar melalui kerja-kerja pembersihan dan pembasmian tempat pembiakan nyamuk.

Katanya usaha ini juga dijalankan bagi tujuan kesejahteraan penduduk dari serangan atau ancaman denggi.

Advertisement

“Selain denggi gotong-royong perdana ini juga melibatkan penyelenggaraan pokok besar yang menghalang lampu-lampu jalan disamping kerja-kerja pembersihan awam.

“Ia turut melibatkan beberapa kontraktor yang menyediakan jentera jengkaut bersama orang awam yang membantu usaha bersama ini.

“Saya juga mengucapkan tahniah atas usaha yang dilakukan khususnya kepada Ramli Badam, individu tulang belakang yang menjayakan program ini,” kata Dzulkefly ketika ditemui di program tersebut.

Advertisement

Beliau berkata bahawa rungutan orang ramai terhadap kemudahan awam di kawasan itu turut diambi perhatian.

“Saya dikemukakan dengan beberapa isu setempat khususnya dewan orang ramai yang belum lagi disediakan oleh kerajaan.

“Yang kedua adalah kekurangan petak-petak parkir kereta yang agak ketara. Saya telah melawat ke beberapa kawasan untuk kita gunakan sebagai tempat parkir tambahan.

Advertisement

“Insya Allah, kedua-dua isu ini akan saya perjuangkan dan dibawa bagi kesejahteraan kehidupan penduduk di sini,” katanya lagi.

Program yang bermula sekitar jam 8:00 pagi itu turut dihadiri jentera dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Kota Iskandar dan penduduk di seluruh kawasan flat Kangkar Pulai.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top