BM | EN | 中文

CEGAH ANASIR NEGATIF GUGAT KEHARMONIAN

Khairuddin-Abdul-Rahim-Senggarang.jpg
Advertisement

Oleh: Amni Jagat

BATU PAHAT, 26 OGOS: Kerajaan perlu mengambil langkah lebih proaktif bagi mencegah anasir negatif yang cuba mengganggu-gugat keharmonian dan keamanan di negara ini.

Adun Senggarang Khairuddin A Rahim, berkata perpaduan yang terjalin selama lebih enam dekad perlu dipertahankan dan menjadi tanggungjawab kepada semua pihak untuk memeliharanya.

Advertisement

“Kita semua telah berikrar sewaktu merdeka dahulu sebagai bangsa Malaysia.

“Kita merdeka dengan semangat perpaduan dan memang telah menjadi lumrah bahawa hidup di negara ini telah (pun) wujud pelbagai kaum.

“(Maka) perpaduan yang terjalin ini harus dijaga dengan baik,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Dalam pada itu Khairuddin yang juga Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menegaskan semua pihak perlu menghormati perkara yang telah pun termaktub di dalam Perlembagaan.

Beliau turut memuji serta memberikan penghargaan kepada pihak berkuasa polis yang sehingga kini melakukan kerja dengan baik dalam usaha menjaga keamanan di negara ini.

“Sesiapa yang cuba menimbulkan kekacauan seperti pandangan yang ekstrem perlu dipantau serta dikenakan tindakan sekiranya ia menjadi ancaman,” katanya.

Advertisement

Malah katanya, seharusnya tumpuan pada masa ini adalah untuk membangunkan negara, dan bukannya menimbulkan perasaan gelisah di kalangan rakyat.

“Semua pihak harus memfokuskan perkara yang lebih utama seperti masalah pengangguran, alam sekitar, pembangunan, bantuan rakyat miskin, pendidikan serta pelaburan ke dalam negara,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top