BM | EN | 中文

“CEBURI PERNIAGAAN BERIMPAK TINGGI, EKONOMI KREATIF” – MB JOHOR

MB-3.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 NOV: Usahawan di Johor digalakkan untuk terlibat dalam perniagaan berimpak tinggi sekaligus mempraktikkan pelbagai fokus ekonomi antaranya ekonomi kreatif.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri Johor telah membuat perancangan melalui Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 bagi memacu Johor ke arah negeri berdaya saing melalui pembangunan yang progresif, inklusif dan bestari.

“Tujuan pelan pembangunan ini dizahirkan adalah bertujuan untuk memberikan sumber rujukan kepada seluruh rakyat berkenaan hala tuju dan perancangan masa hadapan negeri pada masa kini dan akan datang.

Advertisement

“Bagi memacu dan melahirkan sebuah landskap keusahawanan dan perniagaan, kerajaan negeri komited untuk memperkasa keusahawanan sosial supaya dapat meningkatkan lagi kualiti ekonomi dan taraf hidup sosial,” kata Sahruddin.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pejabat dan sembang santai Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor (PERUSIM) 2019 di Kempas, hari ini.

Kata Sahruddin, keusahawanan merupakan bidang yang semakin melonjak naik nilai keberhasilannya dan ramai yang terlibat secara langsung dalam bidang tersebut.

Advertisement

 

Pada masa sama, arus zaman telah banyak merubah bidang keusahawanan dan revolusi digital merupakan perubahan terbesar kepada bidang perniagaan.

“Oleh itu, saya menyeru kepada PERUSIM untuk bersama-sama bergerak dengan langkah yang lebih komprehensif dalam mengejar arus pembangunan sebuah komuniti digital dan berteknologi tinggi,” kata beliau yang juga Adun Bukit Kepong.

Advertisement

Dalam pada itu kata Sahruddin, golongan usahawan digalakkan untuk memperbanyakkan akitiviti kemasyarakatan bagi mengimbangi kedudukan ekonomi sosial seluruh masyarakat.

“Difahamkan PERUSIM terbabit sepenuhnya bersama Kementerian Dalam Negeri Koperasi Kepengunaan Hal Ehwal Penguna (KPDNKKHEP) untuk inisiatif bantuan makanan (food bank) setiap minggu kepada pelajar universiti yang tidak berkemampuan di UTM Skudai.


“Alhamdulilah  ini satu amal jariah yang mulia, teruskan usaha murni ini.

Advertisement

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan PERUSIM. Saya mendoakan semoga segala matlamat dan cita-cita untuk melahirkan ramai lagi usahawan di kalangan masyarakat India Muslim di Negeri Johor,” kata Sahruddin.

PERUSIM merupakan NGO yang ditubuhkan lebih 16 tahun mewakili masyarakat India Muslim di Johor khususnya dalam bidang keusahawanan.

NGO ini melahirkan ramai usahawan dan tokoh korporat dari kalangan masyarakat India Muslim di Johor.

Advertisement

PERUSIM juga disenaraikan sebagai antara Usahawan India Muslim terbaik dan aktif di Majlis Anugerah NGO Usahawan Malaysia bagi 2017.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top