BM | EN | 中文

CATUAN AIR BERKALA DI KOTA TINGGI, SIMPANG RENGGAM BERMULA SEPTEMBER

air4.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 OGOS: Kemerosotan sumber air mentah yang mendadak memaksa syarikat konsesi air Johor Ranhill SAJ Sdn Bhd untuk melaksanakan bekalan air berjadual (BAB) di Kota Tinggi dan Simpang Renggam bermula 2 September ini, membabitkan 31,140 pengguna.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse, cuaca panas dan kering yang sedang melanda Johor sejak Julai menyebabkan paras air di Sungai Gembut merosot melebihi paras kritikal sekaligus menjejaskan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sg Gembut.

“Maka, pihak Ranhill SAJ bercadang melaksanakan bekalan air berjadual dengan frekuensi ‘24 jam ada bekalan air dan 48 jam tiada bekalan air’ bermula 2 September 2019,” Jimmy berkata menerusi satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya lagi, bekalan air berjadual di Kota Tinggi dibahagi kepada tiga zon dengan Zon A meliputi Bandar Perani, Felda Bukit Aping Timur dan Barat, Gembut Cina, PPRT Kg Sayang dan AADK, Pekan Tg Sedili, Kg Tuan Seh dan Taman Tuan Seh.

Manakala Zon B termasuk kawasan Sedili Kecil, Kg Belukar Durian, Telok Mahkota, Resort Sedili Kecil, Kg Sri Gading Laut & Dalam, Kg Sri Paya, Kg Mawai Baru & Lama, Kg Selangi Bt 9 Jln Mersing, Jln Mawai, Teluk Mahkota.

Zon C pula melibatkan kawasan Kg Gembut, Kg Singapura, Kg Sentosa, Kg Teluk Jeri Luar & Dalam, Taman Sedili, Legaran Air Gemuruh, Kg Sayang, Pekan Sedili Besar, Kg Teluk, Kg Perepat, Kg Semayong, Kg Nelayan, Kg Tanjung, Kg Tengah, Kg Bukit, Kg Temala, Kg Teluk Nyireh, Jeti Che Pong dan Perumahan Felcra.

Advertisement

Sementara itu, Jimmy yang juga Adun Bukit Batu berkata, Empangan Machap yang menyalurkan air ke LRA Simpang Renggam juga sedang menghadapi masalah sama, dimana paras air mentah di empangan tersebut ketika ini berada pada paras 14.63 meter, berbanding paras kritikal 14.84 meter.

“Langkah bekalan air berjadual terpaksa dilaksanakan bagi kawasan pembekalan LRA Simpang Renggam bermula 2 September 2019 dengan frekuensi ‘36 jam ada air dan 36 jam tiada air’,” kata Jimmy.

Catuan air di Simpang Renggam akan melibatkan kawasan – Jalan Benut – Pontian, Jalan Pt. Betak, Benut, Jalan Pt. Ismail, Jalan Madirono – Makasar, Jalan Pt. Panjang, Sanglang, Ayer Baloi, Pulai Sebatang & sebahagian Api-api, Mukim Renggam, Mukim Ulu Benut, Mukim Machap (tidak termasuk kawasan pentadbiran daerah Batu Pahat) dan sepanjang Jalan Johor – Simpang Renggam.

Advertisement

Menurut Jimmy, catuan ini akan berakhir setelah sumber bekalan air mentah menunjukkan peningkatan sekaligus membolehkan LRA yang terjejas, beroperasi pada kapasiti pengeluaran normal.

Beliau juga berkata jadual bekalan air ini akan diedarkan kepada semua pengguna di kawasan terlibat dan akan dikaji semula sekiranya keadaan bertambah kritikal.

“Walau bagaimanapun, pihak Ranhill SAJ sentiasa memantau secara terperinci keadaan paras air di empangan-empangan dan muka sauk yang lain demi memastikan tindakan awal dapat dilaksanakan bagi meminimakan gangguan bekalan air dan pengguna mendapat bekalan air bersih serta berkualiti sewajarnya.”

Advertisement

 

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top