BM | EN | 中文

Caruman RM100 Dana Didik Harapan buat setiap bayi lahir di Johor 

IMG-20200104-WA0002.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JAN: Kerajaan negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Harapan Johor.

YPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, PTPTN melalui program Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) menggalakkan para ibu bapa di negeri ini untuk berbuat demikian, buat bayi mereka yang baru lahir bermula 1 Januari sehingga Disember 2020.

Borang permohonan tersebut boleh dimuat turun di laman web http://portal.ypj.gov.my/dana-didik-harapan-johor/ dan di semua wad-wad bersalin di hospital utama di negeri Johor.

Advertisement

Selain itu, pendaftaran juga boleh dibuat di Yayasan Pelajaran Johor, pejabat PTPTN di Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Johor.

“Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke mana-mana salah satu daripada lokasi yang di senaraikan,” kenyataan tersebut dipetik.

Antara syarat skim tersebut adalah bayi dilahirkan di Johor mulai 1 Januari 2020, ibu dan bapa kandung adalah warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada mereka yang lahir di Johor dan keduanya berpendapatan di bawah RM7,000 sebulan.

Advertisement

Tempoh permohonan adalah dalam masa 30 hari dari tarikh lahir bayi.

Pihak pemohon akan mendapat jawapan dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima, dan PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM100 kepada pemohon yang berjaya melalui pos.

Program Dana Didik Johor meningkat dari RM50 pada 2019 kepada RM100 pada tahun ini, diumumkan dalam Belanjawan Johor 2020, November lalu.

Advertisement

Tambahan caruman sebanyak 100 peratus itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 kanak-kanak dari kumpulan B40 di negeri ini.

Ia juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri Johor dalam menggalakkan para ibu bapa dalam menyediakan tabung pendidikan bagi anak-anak mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top