BM | EN | 中文

CARA NEELOFA BANTU UTUSAN, KOSMO

8F11F948-EAD0-4CA1-831E-66C883A2CD4E.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OGOS: Keprihatinan Neelofa apabila mengetahui akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang akan menghentikan operasi minggu ini wajar dipuji.

Khabar angin Utusan Malaysia dan Kosmo bakal mencetak edisi terakhirnya pada hari esok mengejutkan ramai seleberiti termasuk Neelofa yang meluahkan rasa simpati sambil menyatakan bahawa kedua-dua akhbar tersebut banyak membantu menaikkan namanya di awal penglibatan beliau dalam dunia hiburan.

Mengenangkan jasa tersebut, Neelofa menggunakan pengaruhnya di media sosial dan menyeru pengikutnya meletakkan maklumat mana-mana syarikat sekiranya ada yang memerlukan khidmat kakitangan Utusan dan Kosmo.

Advertisement

Neelofa berharap dapat membantu para pekerja mendapat pekerjaan baru secepat mungkin dan statusnya itu juga terbuka untuk orang ramai yang masih mencari kerja.

Rata-rata warganet turut menyokong usaha Neelofa dan mendoakan semoga usahanya itu dipermudahkan.

 

Advertisement

Sumber: mStar

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top