BM | EN | 中文

Captagon dadah jenis baharu – Ketua Polis Johor

ayob-khan-polis-johor-1.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MAC: Pil Captagon yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) baru-baru ini, dipercayai dadah jenis baharu yang biasa digunakan ahli militan dalam merangsang keberanian untuk melakukan kegiatan keganasan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata, dadah berkenaan ‘belum ada’ di negara ini sepanjang tempoh empat tahun beliau menerajui unit berkenaan.

Beliau yang sebelum ini bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8), Cawangan Khas Bukit Aman berkata, beliau difahamkan dadah baharu (Captagon) itu pasarannya untuk Asia Barat.

Advertisement

“Di sini (Malaysia) belum digunakan…pembabitan militan-militan seperti Abu Sayyaf di selatan Filipina, memang mereka biasa ambil syabu sebelum mereka buat aktiviti keganasan. Modus operandi sama, cuma dadah jenis baharu.

“Semasa berkhidmat di unit E8, saya tidak pernah dengar lagi dadah ini.

“Tetapi saya difahamkan Captogan ini boleh merangsangkan individu yang ambil pil itu…dari tidak berani menjadi berani…ia lebih kurang syabu (kesannya),” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas sambutan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Media pada Selasa lalu melaporkan kejayaan Kastam mematahkan cubaan menyeludup 94.8 juta pil Captagon bernilai RM5.2 bilion dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor pada 15 Mac lalu dianggar seberat 16 tan yang disorok dalam roda troli.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top