BM | EN | 中文

Capaian internet luar bandar rendah, kerajaan disaran buka banyak kaunter daftar vaksin – Adun Perling

IMG-20200109-WA0001.jpg

Cheo Yee How

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 MAC: Kerajaan disaran membuka lebih banyak kaunter pendaftararan vaksin Covid-19 di negara ini, kata Adun Perling, Cheo Yee How.

Katanya pembukaan kaunter itu boleh membantu mereka yang kurang pengetahuan untuk membuat pendaftaran secara atas talian.

“Di Pusat Khidmat Dun Perling, kami menerima reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat khususnya mereka yang sudah menjangkau umur warga emas berkenaan dengan pendaftaran ini.

Advertisement

“Mereka tidak tahu dan tidak faham bagaimana mahu mendaftar secara atas talian ini. Selain itu juga ketua keluarga yang mahu anak-anak mereka divaksin juga tidak mahir untuk mendaftar.

“Bagi kita orang muda atau pertengahan umur memang perkara ini dilihat biasa tetapi mereka yang tidak mendapat maklumat atau cara tersebut dilihat sukar,” katanya.

Mengulas perkara sama, Pengawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai, Sharon Teo turut memaklumkan pihaknya mengalami masalah sama.

Advertisement

Tambahnya, kerajaan perlu membuka kaunter tersebut di kawasan luar bandar kerana susulan masalah liputan ‘internet.

“Perlu juga dilihat bagaimana mereka yang berada di luar bandar atau kawasan pedalaman yang tiada capaian internet yang baik.

“Selain itu, golongan fakir miskin di negara ini juga perlu diberi perhatian kerana mereka juga terbatas untuk mendapatkan maklumat pendaftaran vaksinasi.

Advertisement

“Kerajaan perlu lebih peka dengan keadaan ini.

“Seharusnya kerajaan boleh menyemak peratusan mereka yang mendaftar dari segi umur, kawasan tempat tinggal dan sebagainya untuk mengenal pasti golongan yang tercicir,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top