BM | EN | 中文

“CALON PRK TANJUNG PIAI PERLU BERPERANAN DI NEGERI DAN PUSAT”

IMG-20191012-WA0011.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT: Strategi yang baik dan tepat memainkan peranan penting bagi memastikan kemenangan parti untuk kerusi Parlimen Tanjung Piai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 16 November ini.

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, ini adalah berdasarkan sikap dan pemikiran pengundi pada masa kini.

Beliau berpendapat bahawa antara faktor yang harus diberi perhatian termasuklah pemberian peranan yang berkaitan dengan kerajaan pusat kepada calon yang akan dipilih untuk kerusi tersebut.

Advertisement

“Sebagai contoh, calon yang dipilih akan juga dilantik menjadi wakil kepentingan kerajaan persekutuan di negeri Johor.

“Apa-apa jawatan yang bersesuaian dengan calon ini boleh diumumkan sewaktu pemilihan, kerana ini mampu untuk menarik sokongan pengundi pada PRK akan datang,” katanya kepada Johorkini apabila dihubungi, hari ini.

Beliau juga berkata calon yang dipilih hendaklah meletakkan Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik sebagai garis panduan, iaitu seorang lelaki berusia 40-an yang profesional dan berwibawa.

Advertisement

“Ia juga perlukan seorang yang dikenali ramai selain tidak mempunyai isu peribadi dan jika calon yang dipilih adalah seorang pegawai kerajaan, maka, rekod kerjanya haruslah cemerlang,” katanya lagi.

Mazlan berkata perkara lain yang harus dipertimbangkan termasuklah usaha untuk kelangsungan projek-projek yang telah di rancang sebelum Dr Md Farid meninggal dunia.

“Rakyat akan lihat dan menilai sendiri kejujuran pihak kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab di kawasan parlimen Tanjung Piai itu.

Advertisement

“Dengan strategi yang baik, saya berpendapat kemungkinan PH berpeluang untuk menang walaupun kemenangan yang tipis,” katanya lagi.

PRK P165 Parlimen Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November depan dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 2 November.

Ini berikutan daripada kekosongan kerusi itu ekoran pemergian Dr Md Farid dari PH – Bersatu pada 21 September lalu

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top