BM | EN | 中文

Calon PM: Bersatu sekali lagi cabar UMNO namakan Zahid

wan-saiful-zahid-hamidi.png

SHAH ALAM, 6 FEB: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekali lagi mencabar UMNO untuk menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sebelum ini telah mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Puad Zarkashi; Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung perkara tersebut namun tidak mendapat sebarang reaksi.

Kata Wan Saiful, tiga hari lalu beliau mencabar tiga pemimpin UMNO Johor untuk menamakan Ahmad Zahid sebagai calon Perdana Menteri.

Malah Wan Saiful mengulangi cabaran sama dalam suatu program di Benut, Pontian.

“Saya cabar mereka sekali lagi. Ini cabaran kedua untuk mereka. Takut ke?” kata Wan Saiful, lapor Sinar Harian.

Khamis lalu Wan Saiful mencabar UMNO untuk menggunakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘poster boy’ mereka bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Mengulas lanjut, Wan Saiful mendakwa bahawa tindakan UMNO yang masih belum meletakkan presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri itu seolah-olah malu dengan pemimpinnya sendiri.

“Jangan jadi pengecut, jadi lah bangga sikit dengan presiden kamu atau kamu sebenarnya malu nak letakkan presiden sendiri sebagai orang yang mendepani kempen (PRN) di Johor ini.

“Bila kita cabar mereka supaya agungkan pemimpin sendiri, mereka tidak berani. Nama Ahmad Zahid tidak timbul langsung,” ujarnya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top