BM | EN | 中文

Calon PH: “Sauh sudah dibongkar, perahu sudah di air”

Abdul-Hamid-Jamah-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 7 NOV: ‘Sauh sudah dibongkar, perahu sudah diair, layar sudah dibuka’.

Begitulah perumpamaan bagi keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) berhubung dengan calon Pilihanraya Negeri (PRN) di Melaka.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Abdul Hamid Jamah berkata, itu merupakan isyarat bahawa matlamat jentera adalah untuk memenangkan PH di Melaka.

Advertisement

“Kita berbalik sahaja pada perumpamaan itu dan saya yakin setiap gerak kerja kita pastinya ada hikmah yang akan diketahui nanti.

“Matlamat kita adalah untuk mendapatkan semula mandat rakyat seperti sebelum ini dengan memenangkan PH sebagai gabungan yang mantap semasa PRU 14 tempoh hari.

“Soal siapa calon atau sebaliknya kita pasti ada pandangan masing-masing, namun itu semua adalah keputusan yang telah dimuktamadkan oleh kepimpinan atasan.

Advertisement

“Apa yang penting kita sebagai jentera hanya perlu berusaha bagi mencapai matlamat kemenangan kepada PH di Melaka,” jelasnya ketika dihubungi.

Beliau turut menyatakan bahawa jentera dari Parti Amanah Johor kini banyak menumpukan di kawasan Dun Merlimau yang ditandingi oleh Cikgu Azrin sebagai calon dari parti itu.

Semalam PH mengumumkan 28 calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan 11 calon diwakili PKR, sembilan dari AMANAH dan lapan calon diwakili DAP.

Advertisement

Kesemua calon daripada ketiga-tiga parti komponen itu dengan paling muda berusia 21 tahun bakal bertanding atas tiket PH pada pembuangan undi, 20 November ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top