BM | EN | 中文

Calon PH DUN Parit Yaani hadapi pertembungan empat penjuru

01CD2AB3-0C2E-43E1-8756-D402C6C0EA5F.jpeg
Advertisement

BATU PAHAT, 26 Feb: Proses penamaan calon bagi DUN N21 Parit Yaani berlangsung tenang dan lancar ekoran pelaksanaan SOP yang tidak membenarkan perarakan calon diadakan.

Calon Pakatan Harapan (PH), Aminolhuda Hasan bersama penyokong dan pencadang bergerak dari Redha Homestay menuju ke pusat penamaan calon bertempat di Dewan Orang Ramai Parit Raja (A), dekat sini.

Para penyokong parti yang bertanding mengambil kesempatan dengan bersarapan di gerai-gerai berhampiran.

Advertisement

Pegawai polis dan polis trafik yang bertugas memantau lokasi dan memastikan pergerakan kenderaan berjalan lancar.

DUN tersebut menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan PH, Perikatan Nasional (PN) diwakili Ahmad Nawfal Mahfodz; Datuk Mohd Nakib Samuri (Barisan Nasional, BN) dan Mohd Ridhauddin Mohd Tahir (PEJUANG).

Aminolhuda yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia semasa Kerajaan PH mentadbir Johor merupakan penyandang di DUN tersebut selama dua penggal.

Advertisement

Berpengalaman sebagai seorang pendidik, beliau banyak melakukan projek kebajikan dan pendidikan di Parit Yaani termasuk membantu golongan anak yatim dan keluarga miskin.

Dalam penglibatan politik, Aminolhuda merupakan Pengerusi AMANAH Johor.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan selepas pembubaran DUN pada 23 Januari 2022.

Advertisement

AMANAH yang bertanding di bawah logo PH meletakkan 16 calon termasuk daripada sayap wanita dan pemuda.

Tarikh penamaan calon akan diadakan pada 26 Februari, pengundian awal pada 8 Mac dan pengundian pada 12 Mac.

Seramai 2.6 rakyat Johor layak mengundi pada PRN kali ke-15 ini.

Advertisement

Undian ini penting untuk menentukan masa depan Johor bagi tempoh lima tahun lagi.

Para pengundi yang berada di luar Johor diharapkan pulang mengundi untuk memilih calon wakil rakyat di tempat masing-masing.

Sekiranya pengundi berdepan kesukaran untuk pulang mengundi, sila layari johorngundi.com untuk mendapatkan bantuan atau memberi sumbangan.

Advertisement

Share this post

scroll to top