BM | EN | 中文

CALON PH CADANG TAMBAHBAIK KLINIK KESIHATAN PEKAN NENAS

karmaine-pekan-nanas.jpg
Advertisement

PONTIAN, 4 NOV: Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini akan memohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan penambahanbaikan Klinik Kesihatan Pekan Nenas bagi keselesaan kakitangan dan orang ramai.

Katanya, kerja menaiktaraf kelengkapan dan prasarana antaranya kuarters kakitangan adalah keperluan utama bagi meningkatkan mutu perkhidmatan demi masyarakat Pekan Nanas yang jumlahnya kini semakin meningkat.

“Perlu penambahan kuaters untuk kakitangan klinik kesihatan Pekan Nenas.

Advertisement

“Kami juga akan menjalankan tinjauan lanjut bagi mengenalpasti prasarana dan kelengkapan yang tidak mencukupi,” kata Karmaine selepas lawatannya ke Klinik Kesihatan Pekan Nenas pagi tadi.

Tambah Karmaine, melalui tinjauannya mendapati, antara yang perlu dilakukan ialah sistem pengurusan gas oksigen selain kerja penambahbaikan yang dijalankan, namun tertangguh di bawah kerajaan lama.

Dalam lawatan pagi ini, Karmaine turut diringi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar

Advertisement

Kerajaan sebelum ini memperuntukkan sejumlah RM95 juta bagi pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan antaranya termasuk di Hospital Pontian.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 yang lepas.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top