BM | EN | 中文

Calon Ketua Menteri Sabah akan dibincang secepat mungkin – Bung Mokhtar

Bung-Mokhtar.jpg

Gambar Ehsan FB Bung Moktar Radin

Advertisement

KOTA KINABALU, 26 SEPT: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah Bung Moktar Radin berkata bahawa BN Sabah akan berbincang dengan Perikatan Nasional (PN) berhubung calon ketua menteri (KM) kerajaan baru negeri Sabah.

“Kita akan bincang secepat mungkin (lantikan ketua menteri),” katanya, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai pelantikan ketua menteri baru Sabah, malam ini.

Advertisement

Ketika tempoh berkempen sebelum ini, BN dan PN sama-sama membayangkan calon ketua menteri daripada parti mereka.

Bung yang menang kerusi DUN Lamag, juga berkata mereka akan mengamalkan semangat setiakawan dalam menubuhkan kerajaan baru.

“Saya cukup yakin akan dapat kita wujudkan semangat setiakawan,” kata Bung.

Advertisement

Ketika ditanya apakah akan timbul masalah dalam penubuhan kerajaan negeri bersama parti komponen lain, Bung berkata masalah akan timbul apabila ada pihak yang menimbulkannya.

“Masalah (hanya) akan timbul apabila kita timbulkan masalah,” katanya lagi.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan kerjasama Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya merampas Sabah daripada Warisan.

Advertisement

Berdasarkan kiraan tidak rasmi ini, gabungan itu berjaya memenangi sekurang-kurangnya 37 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top