BM | EN | 中文

CALON DAN PARTI BERTANDING DINASIHAT PATUHI PERATURAN MENJELANG HARI MENGUNDI DI TANJUNG PIAI SABTU INI

spr.jpg
Advertisement

PONTIAN, 12 NOV : Parti dan calon bertanding untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai diingatkan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya telah mengadakan perjumpaan bersama dengan Ketua Polis Daerah Pontian serta pegawainya, semalam.

Katanya, tujuan perjumpaan tersebut adalah bagi menyelaraskan dan memperjelaskan isu-isu berkaitan dengan permit dan peraturan berkempen terutama berkaitan dengan Program Walkabout yang diadakan oleh semua calon atau  parti yang bertanding .

Advertisement

“Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) meminta supaya calon dan parti terlibat dalam kempen mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

“Ini termasuklah program walkabout yang mana semua parti atau calon terlibat diingatkan untuk mematuhi syarat permit yang telah ditetapkan.

“Program walkabout yang turut dianggap sebagai kempen bergerak, perlu mempunyai tempoh masa dan lokasi yang jelas bagi tujuan pemantauan.

Advertisement

“Bagi kempen yang dibuat dari rumah ke rumah, perlu juga mendapat permit dari PDRM kerana ia juga merupakan suatu bentuk berkempen,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Azhar berkata, mengenai bahan kempen pula yang berunsurkan hasutan dan provokasi akan diturunkan serta merta.

“Bahan kempen yang tidak memaparkan nama dan alamat penerbit dan pencetak juga akan diturunkan.

Advertisement

“Mana-mana bendera yang dikibar atau digantung di tepi jalan yang boleh menggangu penglihatan dan berbahaya pada orang ramai akan diturunkan,” katanya.

Tambahnya lagi, kenderaan berkempen yang dikibar bendera atau digantung pada kenderaan berkempen yang  berbahaya kepada orang ramai juga akan diambil tindakan sewajarnya.

“Kenderaan yang digunakan untuk berkempen yang dipasang dengan bendera dan alat pembesar suara serta bergerak  dari satu lokasi ke satu lokasi hendaklah memohon permit berkempen daripada pihak PDRM.

Advertisement

“Kenderaan bergerak yang digunakan untuk berkempen ini hendaklah menutup suara dan sebarang rakaman kempen semasa bergerak dan hanya membukanya apabila kenderaan berhenti di lokasi berkempen yang bersesuaian serta tidak menghalang lalu lintas,” katanya.

Ujarnya lagi, pihaknya juga akan melaporkan maklumat berkaitan statistik kesalahan serta statistik bilangan laporan polis dan laporan SPRM yang dibuat sepanjang tempoh berkempen pada laman web SPR, serta Facebook dan twitter SPR setiap hari sepanjang tempoh PRK ini.

“SPR berharap semua calon dan parti akan berkempen dengan lebih matang sepanjang tempoh berkempen yang berbaki empat hari lagi serta mematuhi peraturan berkempen agar PRK Tanjung Piai berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top