BM | EN | 中文

CALON BERTANGGUNGJAWAB JAGA TINGKAH LAKU PENYOKONG-SPR

IMG-20191101-WA0020.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 1 NOV:  Setiap calon parti politik yang akan menyerahkan nama pada hari pencalonan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai esok bertanggungjawab menjaga tingkah laku penyokong mereka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, walaupun pihak berkuasa akan memantau, namun mereka perlu memastikan ketenteraman awam terjaga.

Advertisement

Katanya, semua pihak bertanggungjawab untuk mengamalkan politik sesuai dengan suasana demokrasi yang lebih matang ketika ini.

“Ikut undang-undang, calon boleh membawa seberapa ramai penyokong mereka tetapi calon perlu bertanggungjawab untuk menjaga tingkah laku penyokong mereka.

“Itu merupakan tanggungjawab mereka, siapa yang bawa penyokong, dia bertanggungjawab,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan tinjauan akhir di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Pontian, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar; Pengarah SPR negeri Shafie Taib dan Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh.

Azhar turut memaklumkan pihaknya telah meminta kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka markas sementara sempena PRK Parlimen Tanjung Piai ini.

Advertisement

“SPRM telah bersetuju dan ini bertujuan untuk memastikan tiada perbuatan rasuah terlibat sepanjang proses ini berlangsung,” ujarnya.

Sementara itu, Azhar turut memaklumkan sebanyak 27 borang pencalonan telah dibeli setakat hari ini, manakala pihaknya menjangka pusat penamaan calon itu akan dibanjiri seramai 10,000 penyokong daripada pelbagai parti politik.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top