BM | EN | 中文

CALON BEBAS-GUNA LAMBANG KUNCI SEMPENA NAMA

Chuan-Lock-e1572679134743.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV – Calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock, 49 akan menggunakan lambang kunci sempena namanya iaitu ‘Lock’ dalam kempen merebut kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Beliau yang kali pertama bertanding dalam PRK akan menggunakan media sosial sepenuhnya sebagai kaedah berkempen.

“Saya tidak mempunyai pentas untuk berkempen secara langsung, jadi media sosial seperti Facebook akan digunakan saya sepenuhnya,” katanya.

Advertisement

Beliau yang juga pengasas dan guru pusat tuisyen ini mengambil keputusan untuk bertanding kerana mahu menjadi suara ketiga kepada masyarakat di parlimen berkenaan.

“Penyertaan saya dalam PRK merupakan satu peluang untuk menyampaikan suara ketiga di parlimen,” katanya.

Ditanya tentangperjuangan yang ingin dibawa, Chuan Lock menjawab, mahu menekankan mengenai isu pendidikan.

Advertisement

“Saya yakin dapat membawa perubahan dalam pendidikan berbanding ekonomi yang bersifat global dan terkait dengan banyak bidang lain,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top