MUAR, 19 Feb- Calon AMANAH DUN Bukit Pasir, Elia Nadira Sabudin meluangkan masa bersama para peserta Pacak Puyu Challenge petang tadi.
Dalam program anjuran Pacak Aman JDT dan kerjasama Pemuda AMANAH Kawasan Pagoh, Elia beramah mesra dengan hadirin dan peserta yang rata-ratanya terdiri daripada penduduk tempatan.
Kira-kira 400 peserta telah mengambil bahagian dalam program yang diadakan kali ke-56 di Kampung Naib Piee, Sungai Terap.
Elia berkata, program yang dirancang ini telah berlangsung selama tiga tahun bertujuan untuk mengutip dana dan disumbangkan kepada kumpulan asnaf sekitar.
“Daripada penyumbang yang kita terima, semuanya kita serahkan semula kepada golongan asnaf di kampung ini yang telah kita kenalpasti,” ujarnya.
Pertandingan itu menawarkan hadiah lumayan bernilai RM2,000 hingga RM300 kepada peserta yang bertuah.
Elia merupakan salah seorang daripada tiga Wanita Amanah Negara yang dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ke-15 di.
PRN Johor akan berlangsung bermula penamaan calon pada 26 Februari, pengundian awal pada 8 Mac dan pengundian pada 12 Mac.
Seluruh pengundi Johor yang berada di luar Johor digalakkan supaya pulang mengundi bagi memilih kerajaan baharu bagi tempoh lima tahun.